Sabtu, 22 Jun 2013

PERHIMPUNAN KECOH!

Foto
POLITIK KINI
KUALA LUMPUR: Kekecohan tercetus ketika Perhimpunan Blackout 505 sebentar tadi apabila peserta perhimpunan dikatakan mahu menghalang anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada merobohkan beberapa khemah yang didirikan di tengah-tengah Padang Merbok.

Khemah yang difahamkan didirikan peserta Blackout 505 @ Padang Merbok terpaksa dirobohkan DBKL apabila ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 yang melarang peserta mendirikan khemah di tempat awam. Ketika cuba menghalang dua anggota DBKL yang bertindak merobohkan khemah mereka, beberapa peserta mula bertindak ganas dengan melakukan kekasaran terhadap pegawai penguatkuasa berkenaan.           

Jumaat, 7 Jun 2013

Agbimudin mahu jadi King Borneo

KEJAYAAN kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.

Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.

Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.
Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas  dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.
Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?

Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.

Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa  60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta ‘half uniform’.

Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya?

Saya arahkan pegawai saya membuat  laporan berhubung perkara ini serta menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan berkenaan serta menggerakkan Eastern  Command.
Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama Ops  Sulu dipersetujui.

Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima,  Komander Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.
Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang dilaksanakan.

Bagaimana perjalanan  rundingan antara polis dengan pihak penceroboh?

Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh perunding  bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai oleh Agbimudin Kiram.
Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu  14, 15 dan 16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari pertama,  iaitu pada 12 Februari melalui telefon.

Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan?

Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari  Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.

Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu?

Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.

Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun  dia tetap tidak mahu beralah.

Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram?

Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai 'King of Borneo', mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.

Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi  masih degil.

Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan?

Kita boleh serang, tapi ini bukan  cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.

Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar  dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.

Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan dilancarkan?

Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.

Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.

Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula?

Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di semua penjuru.

Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulanpengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.

Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.

Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita tahu  semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15 pengganas.

Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?

Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25  orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.

Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu  kumpulan berjaya selamatkan diri.

Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan keduadua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.

Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?
Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera   Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya masa saya cukup padat. 

Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.

Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan serta  berbincang langkah yang perlu diambil.

Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi?

Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya nikmati makanan bersama  mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.

Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakanmusuh dalam hutan dengan sebelah tangan Hamza pegang senjata.

Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar angin mengatakan mereka kebal?

Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.

Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.

Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika menghadapi situasi itu?

Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH, kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas) mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan jangan gentar hadapi musuh.

Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?

Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang keselamatan saya.

Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di televisyen, bermakna saya selamat.

Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.

Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?

Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.

Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar mengundi 5 Mei lalu.

Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku ke atas negara kita?

Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.

Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan berterusan politikkannya?

Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu sandiwara? Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini berada dalam keadaan aman dan selamat.

Khamis, 6 Jun 2013

Wanita dakwa disamun 'polis'

SUNGAI PETANI – Seorang wanita berusia 38 tahun mendakwa disamun sekumpulan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota keselamatan dalam kejadian di sebuah pasaraya dekat pusat bandar Sungai Petani 30 Mei lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Loh berkata, ketika kejadian dia bersama anak lelaki berusia 12 tahun, bagaimanapun, anaknya berjaya melarikan diri sebelum memaklumkan kepada suaminya yang turut berada di pasaraya berkenaan.

Menceritakan kejadian, dakwanya, dia ditegur suspek yang menggunakan alasan bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kes penagihan dadah dan perlu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“Dalam keadaan terpinga-pinga, saya dibawa ke dalam kereta dan dicederakan selain diminta supaya tidak menjerit,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dun Bakar Arang kelmarin.

Dakwanya, selain memakai vest polis dan menunjukkan kad kuasa, suspek turut memakai cermin mata hitam bagi meyakinkan orang ramai di sekeliling semasa mengheretnya ke kereta.

Miss Loo mendakwa, dia kemudian dibawa ke kereta selain barangan peribadi termasuk telefon bimbit dan wang tunai disamun sebelum ditinggalkan di Bertam, Kepala Batas.

Menurutnya, pendedahan dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengingatkan bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana termasuk di kawasan tumpuan ramai.

Katanya, apa yang dikesalkan ialah walaupun kejadian disedari orang ramai tetapi tidak dapat membantu dan pengawal keselamatan pasaraya hanya membiarkan sahaja kerana menyangka bahawa suspek adalah anggota polis.
Miss Loh berkata, rakaman kamera litar tertutup di pasaraya yang dikatakan boleh membantu pula didakwa tidak berfungsi dengan baik.

Dia meminta semua pihak terlibat agar menitik beratkan aspek keselamatan demi kepentingan orang awam.

Sementara itu, Adun Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min berkata, anggota keselamatan seharusnya membuat lebih kerap rondaan selain keprihatinan orang ramai terhadap sebarang kejadian yang mencurigakan.

Selain itu, Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, wanita dan kanak-kanak perlu lebih peka terhadap keadaan sekeliling kerana mudah dijadikan sasaran penjenayah.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian

politik kini

Papa Gomo bersara

SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

Dr Mahathir: DAP mahu kuasai politik Malaysia

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa parti DAP bukan hanya mahu menguasai ekonomi negara semata-mata tetapi juga politik Malaysia.

Dipetik daripada blog CheDet, Dr Mahathir berkata, ia dapat dilihat berdasarkan kepada kebangkitan kaum itu menerusi siri himpunan anjuran pembangkang selepas PRU13 lalu.

Menurut Dr Mahathir lagi, PR yang terdiri daripada gabungan Pas, PKR dan DAP menyaksikan Pas antara parti yang paling banyak tewas, manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaan memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN.

“Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala Pas, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR.

“Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi Pas paling banyak, ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang “sudah pun menguasai ekonomi” untuk turut menguasai politik Malaysia," katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih daripada segi ekonomi dan politik.

“Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi.

“Walaupun ia dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti PKR, sebahagian besarnya dihadiri kaum Cina terutama golongan muda. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi.  Protes itu seolah-olah dilakukan oleh kaum Cina,” ujarnya.

Menurutnya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan “keterasingan” pemimpin Pas dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara “Arab Spring

sinar harian  6 Jun 2013

You are here: Home | World » Sweden's Princess Madeleine to wed US businessman AFP | Updated: June 06, 2013 Read more at: http://english.astroawani.com/news/show/swedens-princess-madeleine-to-wed-us-businessman-

Sweden's Princess Madeleine to wed US businessman
STOCKHOLM: Sweden's Princess Madeleine is set to marry US-British businessman Chris O'Neill on Saturday in a ceremony likely to be more low-key than Crown Princess Victoria's lavish wedding three years ago.

The 30-year-old princess, the youngest child of King Carl XVI Gustaf and Queen Silvia, met New York financier O'Neill while working in the United States with the World Childhood Foundation, a charity for marginalised children set up in 1999 by her mother.

The two will tie the knot in an afternoon ceremony at Stockholm's Royal Chapel before a horse and carriage procession through the city centre.

The 350-metre long royal cortege will take a shorter route than it did three years ago, focusing on the capital's medieval old town, Gamla Stan.

"It won't be anything like Victoria's wedding. Firstly, because Madeleine is not a successor to the throne," said Roger Lundgren, the editor of Kungliga Magasinet, a Swedish magazine about royalty.

"Secondly, this is a private wedding -- the king is paying for it himself," he said.

Still, thousands of people are expected to line the streets of central Stockholm to catch a glimpse of the newlyweds before they travel by boat from the island of Riddarholmen to a wedding banquet at Drottningholm Palace, where Princess Madeleine was born in 1982.

The Swedish capital will provide a picturesque backdrop with its 14 main islands and a Baltic Sea archipelago of some 24,000 islands.

From nearby Skeppsholmen, a 21-gun salute will be fired after the wedding.

"You will definitely notice that there's a royal wedding underway in Stockholm," Lundgren said.

Around 600 guests, including Crown Prince Fredrik of Denmark, Crown Prince Haakon of Norway and Princess Charlene of Monaco, have been invited to witness the exchange of vows. From Japan, Princess Takamado will be attending, while Britain is sending Prince Edward, Earl of Wessex.

Unlike Victoria, who is widely respected and admired for her easy-going and down-to-earth style, Madeleine has had a complicated relationship with the Swedish public.

In her early twenties, the tabloids dubbed her "the party princess" after she was photographed in nightclubs around Stockholm's trendy Stureplan square.

The photogenic royal became a paparazzi favourite but felt uncomfortable speaking with journalists, which may have given people the wrong impression of her, Lundgren said.

"Because she (rarely) gives interviews, we don't know her," he said.

"I think she's been punished by the media because she looks so good. The media like to put labels on her, and they're not always accurate," he added.

The perception of Madeleine as a carefree party girl became so widespread even ardent royalists began to worry.

Catarina Hurtig, a royal reporter and author, said readers would call her and ask her to tell the king to give Madeleine "a dressing down".

"A lot of people asked who was paying for all the parties, and it emerged that she and here friends were often being treated by the club owners" who would contact the tabloids, she said.

In April 2010, Madeleine moved to New York after a broken engagement to a Stockholm lawyer.

Although her Madison Avenue shopping sprees have continued to draw controversy in her homeland -- so much that the royal court felt compelled to announce tax payers were not footing the bill -- she has also earned respect from Swedes for her work as an unpaid employee of the Childhood foundation.

"Those children have no idea what Sweden is, but they definitely know what a princess is. And she's very good at being that fairytale princess when she meets them," Lundgren said.

Story first published on: June 06, 2013 12:10 (MYT)
Tags: Sweden, Princess Madeleine, Chris O'Neill

Rabu, 5 Jun 2013

PM digesa henti tindakan pada penganjur 'Black 505'


3:31PM Jun 5 2013  
Kerajaan patut berhenti mendakwa aktivis dan pemimpin pembangkang yang terlibat dengan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya "Black 505", kata NGO hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) dalam suratnya kepada perdana menteri.

"Mendakwa aktivis kerana menganjurkan bantahan aman memperolokkan janji perdana menteri untuk membentuk kerajaan yang menghormati hak di Malaysia.

"Kerajaan patut menggugurkan tuduhan terhadap enam aktivis dan secara terbuka harus berikrar untuk berhenti membawa kes terhadap penganjur perhimpunan aman," kata timbalan pengarah HRW untuk bahagian Asia Phil Robertson.

Sekurang-kurangnya enam penganjur "Black 505" sudah didakwa kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2013 kerana gagal memberikan notis 10 hari awal sebelum perhimpunan.

Polis pada 22 Mei lalu turut menangkap 18 peserta dalam acara nyalaan lilin di balai polis Jinjang di Kuala Lumpur.

sumber malaysia kini

Polis tunggu 4 rakan suspek didakwa hina Agong tampil

8:42PM Jun 5 2013  
Suspek wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya yang ditahan semalam, dibebaskan lapan jam kemudian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis masih menunggu empat lagi rakannya bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil memberi keterangan.
  
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.

Dalam satu kenyataan semalam, SKMM menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

SKMM turut meminta rakan suspek tampil bagi membantu siasatan.

malaysia kini

Tiga anggota polis dituduh bunuh Dhamendran

Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh N Dhamanderan pada 21 Mei lalu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32; bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh "dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Dhamanderan Narayanasamy".
Jaffri, Mohd Nahar dan Mohd Haswadi mengesahkan mereka memahami tuduhan tersebut, walaupun tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Nur A'minatul Mardiah Md Nor menetapkan 9 Julai untuk sebutan dan serahan dokumen, termasuk laporan ahli kimia dan laporan bedah siasat.
Menurut kertas tuduhan, ia dipercayai berlaku pada 21 Mei 2013 di antara jam 12.20 sehingga 2.50 petang di Pejabat Siasatan Khas (D9) tingkat 7, Ibu Pejabat Kontingen Kuala Lumpur.
Semua mereka dituduh di bawah Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, ketuga-tiganya berdepan dengan hukuman mati.

Tertuduh pertama Jafri Jaafar diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad; tertuduh kedua Mohd Nahar diwakili Datuk Baljit Singh Sidhu dan tertuduh ketiga, Mohd Hazwadi diwakili Geethan Ram Vincent.

Peguam N Surendran dan Latheefa Koya, G Sivamalar, dan M Manogaran pula bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Dhamendran.

Pagi tadi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan anggota polis yang terlibat dalam kes kematian Dhamendran akan didakwa.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei ke atas mayat Dhamendran mendapati punca kematian adalah kecederaan akibat hentakan objek tumpul.

Dhamenderen meninggal dunia dalam selnya di lokap Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas semasa dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.

Beliau sepatutnya menjalani tahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei.

sumber malaysia kini  4:41PM Jun 5 2013