SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya
dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia
blogging.
Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger
berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.
"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan
dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya
ini," tulisnya pada Isnin lalu.
Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan
dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dengan pelbagai skandal.
Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli
Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.
Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan
menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.
Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.
Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.
Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro
Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat
diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.
Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.
"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.
"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.
"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan
menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan,"
tambahnya lagi dalam posting berlainan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
▼
2013
(9)
-
▼
Jun
(9)
- PERHIMPUNAN KECOH!
- Agbimudin mahu jadi King Borneo
- Wanita dakwa disamun 'polis'
- Papa Gomo bersara
- Dr Mahathir: DAP mahu kuasai politik Malaysia
- You are here: Home | World » Sweden's Princess Mad...
- PM digesa henti tindakan pada penganjur 'Black 505'
- Polis tunggu 4 rakan suspek didakwa hina Agong tampil
- Tiga anggota polis dituduh bunuh Dhamendran
-
▼
Jun
(9)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan