Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh N Dhamanderan pada 21 Mei lalu.
Ketiga-tiga
mereka iaitu Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan
Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32; bersama seorang lagi yang masih bebas
dituduh "dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan
menyebabkan kematian kepada Dhamanderan Narayanasamy".
Jaffri, Mohd Nahar dan Mohd Haswadi mengesahkan mereka memahami tuduhan tersebut, walaupun tiada pengakuan direkodkan.
Majistret
Nur A'minatul Mardiah Md Nor menetapkan 9 Julai untuk sebutan dan
serahan dokumen, termasuk laporan ahli kimia dan laporan bedah siasat.
Menurut
kertas tuduhan, ia dipercayai berlaku pada 21 Mei 2013 di antara jam
12.20 sehingga 2.50 petang di Pejabat Siasatan Khas (D9) tingkat 7, Ibu
Pejabat Kontingen Kuala Lumpur.
Semua mereka dituduh di bawah Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, ketuga-tiganya berdepan dengan hukuman mati.
Tertuduh
pertama Jafri Jaafar diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad; tertuduh kedua
Mohd Nahar diwakili Datuk Baljit Singh Sidhu dan tertuduh ketiga, Mohd
Hazwadi diwakili Geethan Ram Vincent.
Peguam N Surendran dan
Latheefa Koya, G Sivamalar, dan M Manogaran pula bertindak sebagai
peguam pemerhati bagi keluarga Dhamendran.
Pagi tadi, Peguam
Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan anggota polis yang terlibat
dalam kes kematian Dhamendran akan didakwa.
Menurutnya, bedah
siasat yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei ke atas mayat
Dhamendran mendapati punca kematian adalah kecederaan akibat hentakan
objek tumpul.
Dhamenderen meninggal dunia dalam selnya di lokap
Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas
semasa dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan
senjata api.
Beliau sepatutnya menjalani tahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei.
sumber malaysia kini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
▼
2013
(9)
-
▼
Jun
(9)
- PERHIMPUNAN KECOH!
- Agbimudin mahu jadi King Borneo
- Wanita dakwa disamun 'polis'
- Papa Gomo bersara
- Dr Mahathir: DAP mahu kuasai politik Malaysia
- You are here: Home | World » Sweden's Princess Mad...
- PM digesa henti tindakan pada penganjur 'Black 505'
- Polis tunggu 4 rakan suspek didakwa hina Agong tampil
- Tiga anggota polis dituduh bunuh Dhamendran
-
▼
Jun
(9)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan