Khamis, 6 Jun 2013

Wanita dakwa disamun 'polis'

SUNGAI PETANI – Seorang wanita berusia 38 tahun mendakwa disamun sekumpulan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota keselamatan dalam kejadian di sebuah pasaraya dekat pusat bandar Sungai Petani 30 Mei lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Loh berkata, ketika kejadian dia bersama anak lelaki berusia 12 tahun, bagaimanapun, anaknya berjaya melarikan diri sebelum memaklumkan kepada suaminya yang turut berada di pasaraya berkenaan.

Menceritakan kejadian, dakwanya, dia ditegur suspek yang menggunakan alasan bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kes penagihan dadah dan perlu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“Dalam keadaan terpinga-pinga, saya dibawa ke dalam kereta dan dicederakan selain diminta supaya tidak menjerit,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dun Bakar Arang kelmarin.

Dakwanya, selain memakai vest polis dan menunjukkan kad kuasa, suspek turut memakai cermin mata hitam bagi meyakinkan orang ramai di sekeliling semasa mengheretnya ke kereta.

Miss Loo mendakwa, dia kemudian dibawa ke kereta selain barangan peribadi termasuk telefon bimbit dan wang tunai disamun sebelum ditinggalkan di Bertam, Kepala Batas.

Menurutnya, pendedahan dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengingatkan bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana termasuk di kawasan tumpuan ramai.

Katanya, apa yang dikesalkan ialah walaupun kejadian disedari orang ramai tetapi tidak dapat membantu dan pengawal keselamatan pasaraya hanya membiarkan sahaja kerana menyangka bahawa suspek adalah anggota polis.
Miss Loh berkata, rakaman kamera litar tertutup di pasaraya yang dikatakan boleh membantu pula didakwa tidak berfungsi dengan baik.

Dia meminta semua pihak terlibat agar menitik beratkan aspek keselamatan demi kepentingan orang awam.

Sementara itu, Adun Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min berkata, anggota keselamatan seharusnya membuat lebih kerap rondaan selain keprihatinan orang ramai terhadap sebarang kejadian yang mencurigakan.

Selain itu, Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, wanita dan kanak-kanak perlu lebih peka terhadap keadaan sekeliling kerana mudah dijadikan sasaran penjenayah.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian

politik kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan